Nasional

Model Transformasi Kampung cetusan MAIPs wajar jadi contoh

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pelaksanaan ‘Model Transformasi Kampung’ yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi Negeri dan juga Persekutuan yang dicetuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis wajar dijadikan contoh untuk pelaksanaan menyeluruh sebagai impak kepada masyarakat.

Beliau mengulas demikian selepas mengadakan lawatan kerja berfokus bersama 13 agensi di bawah MAFI untuk meninjau potensi pelaksanaan insiatif sokongan di bawah kementeriannya sebagai pelengkap bagi program transformasi kampung secara berfasa yang dilaksanakan di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis atas idea Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail..

Tambah Haslina, sesuatu pelaksanaan program yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak seumpama ini memerlukan kesungguhan dan fokus bersama demi mencapai maksud yang dihasratkan.

“Apa yang penting adalah kesediaan masyarakat untuk melakukan perubahan atau transformasi. Agensi kerajaan akan sentiasa sedaya upaya melaksanakan inisiatif berdasarkan peranan dan fungsi membantu rakyat,” tambah beliau.

Terdahulu daripada itu Haslina yang turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah Pertanian En. Eliyas Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Tn Hj Mustapaha bin Awang, Setiausaha Bahagian Tanaman, Ternakan dan Perikanan En. Mazlan bin Othman, Pengarah Unit Agropreneur Muda En. Mohammad Ezri Shamsuddin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani En. Jaswan bin Mulok, serta Pengarah-Pengarah Jabatan Teknikal MAFI peringkat Negeri Perlis mengambil bahagian di dalam program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke 13 Bagi Tahun 2021’ atas undangan Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Seramai 25 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Alwi Kangar menerima agihan zakat MAIPs daripada baginda yang turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hk Mohd Nazim Mohd Noor di perkarangan Dataran Jubli Emas Masjid Alwi Kangar.

Selain menyantuni empat buah rumah asnaf bagi menyerahkan sumbangan, Tuanku Raja Muda juga kemudiannya turut berkenan meluangkan masa singgah merasmikan projek peningkatan sosio-ekonomi MAIPs berupa perniagaan gerai bihun sup yang diusahakan oleh Hanizul Nanyan, 54 tahun
(013-5396922) di Kampung Bakau, Kangar yang menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM3,610 bagi membeli
peralatan seperti ‘Tea Counter’, ‘Double Bowl Sink’ dan juga dapur sebelum ini selain melawat Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sumbangan wakaf MAIPs dan Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran di Pengkalan Asam.

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button