GajetUlasan

Asus ROG 3 Sesuai Untuk Kaki Gamers, Harga Yang Ditawarkan Bawah RM3,000

Mencari ‘smartphone gaming’ di bawah harga RM3,000? Asus ROG 3 adalah pilihan yang tepat dan berpotensi untuk memberikan kepuasan kepada penggunanya.

Asus ROG 3 ini bukan sahaja telah dinaik taraf malah turut dilengkapi dengan sistem unit pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865.

Peranti ini memberi keyakinan bahawa ia mampu memuat turun aplikasi gaming anda dengan baik sekali gus memberi kelancaran semasa sesi ‘peperangan’.

Dari segi bateri pula, Asus ROG 3 dijana dengan kuasa sehingga 6,000 mAH dan mampu bertahan sehingga enam jam lamanya tanpa perlu mengecas semula.

Sistem audio yang jelas juga melancarkan sesi permainan anda tanpa perlu anda memakai fon telinga. Dilengkapi dengan network 5G, ianya merupakan sambungan terpantas dan tidak membuatkan smartphone anda mudah lagging semasa sesi permainan anda.

Sesetengah smartphone, jika anda bergaming terlalu lama ianya akan cepat berhaba. Tetapi tidak dengan smartphone Asus ROG 3 ini kerana ianya mempunyai sistem cooling GameCool 3 yang akan meredakan haba padanya.

Jika hendak dibandingkan mungkin penggunaan smartphone untuk bergaming selalunya tidak praktikal tetapi lebih selesa untuk dibawa kemana sahaja.

Asus ROG 3 ini berada di dalam kelas tersendiri kerana spesifikasi yang dimilikinya terbaik berbanding smartphone gaming lain. Tidak kira apa sahaja jenis aplikasi game yang anda ingin muat turun atau naiktaraf, smartphone ini mampu menampungnya agar dapat memberi pengalaman bergaming anda yang sempurna.

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button