Nasional

COVID-19: Rakyat Malaysia di Finland masih boleh balik

RAKYAT Malaysia di Finland yang berhasrat untuk pulang masih berpeluang berbuat demikian.

Ini memandangkan kerajaan Finland belum menguatkuasakan larangan penerbangan ketika dunia berdepan krisis wabak COVID-19.

Memetik laporan BERNAMA hari ini, Kedutaan Malaysia di Helsinki memaklumkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki, Lapangan Terbang Mariehamn di Pulau Åland dan Lapangan Terbang Turku masih menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

“Rakyat Malaysia masih boleh keluar dari Finland melalui lapangan terbang ini. Hanya perlu memastikan penerbangan tidak dibatalkan,” menurut kenyataan kedutaan Findland.

Mengenai nasib lapan pelancong Malaysia yang dilaporkan terkandas di Helsinki, kedutaan memberitahu, mereka telah berlepas ke Malaysia melalui Istanbul, Turki.

Kedutaan berkata, tidak semua 390 warganegara Malaysia yang berdaftar berhasrat kembali ke Malaysia kerana ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan bekerja di Finland.

“Setakat ini kerajaan belum mengenakan perintah berkurung.

“Bagaimanapun, semua orang dinasihatkan mengambil langkah pencegahan seperti elak berada di tempat awam dan mengamalkan kebersihan.

“Walaupun bandar ini kelihatan tenang, rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

Hari ini kerajaan Malaysia telah membawa pulang sebanyak 81 individu selamat dibawa pulang pulang dari Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan penularan wabak COVID-19.

Mereka termasuk 76 rakyat Malaysia dan lima individu bukan warganegara.

Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada 10.06 pagi, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Turut serta dalam penerbangan ialah lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar (seorang), kru AirAsia (20 orang) dan seorang pegawai NADMA.

kesemua 81 penumpang rakyat Malaysia serta tanggungan dan bukan warganegara itu menjalani proses saringan di Unit Kecemasan Udara (ADU), KLIA sebelum dihantar ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini untuk proses kuarantin selama 14 hari.

Tindakan operasi nyahcemar dilaksanakan dengan gabungan 263 anggota daripada pelbagai agensi antaranya  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKM, NADMA, AirAsia Enginering, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Polis Diraja Malaysia, dan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) KLIA. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button