Nasional

Mobile Clinic inisiatif menyantuni golongan asnaf dan fakir miskin

Kolaborasi MAIWP dan MAPIM melalui perlaksanaan klinik bergerak ini untungkan ummah

BAGI meluaskan lagi khidmat kemanusiaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan Mobile Clinic dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Majlis pelancaran klinik bergerak MAIWP dan MAPIM telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Dr. Ahmad Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysiadengan jumlah keseluruhan pelaksanaan Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM sebanyak RM800,000.00.

Kerjasama ini tercetus MAIWP berminat untuk mengadaptasikan idea Ummah Double Decker Mobile Clinic yang dilaksanakan oleh pihak MAPIM sebelum ini.

Kolaborasi ini antara MAIWP dan MAPIM ini meneruskan inisiatif bagi menyantuni golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan khidmat kesihatan secara percuma.

Ia beroperasi daripada bas dua tingkat yang dipantau rapi oleh (Dr) Sani Araby Al- Kahery yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia.

Ia mempunyai empat bilik konsultasi dan dua buah bilik rawatan. Ia dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan ruang menunggu yang selesa.

Para petugas kesihatan dipilih daripada mereka yang terlatih, dengan mengunakan tenaga ahli perubatan profesional serta sukarelawan. Mobile Clinic ini menyasarkan perkhidmatan yang berkualiti lima bintang.

Program Mobile Clinic MAIWP dan MAPIM akan dijalankan di kawasan-kawasan dengan kepadatan tinggi Wilayah Persekutuan dengan kekerapan tiga hari seminggu bermula hujung Disember 2021 bagi menyantuni penduduk yang dikenal pasti sebagai golongan miskin bandar.

Pelantikan MAPIM sekaligus membuktikan pihak kerajaan sentiasa menyambut baik usaha NGO yang mampu membawakan manfaat kepada rakyat.

Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, MAIWP turut menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa bencana banjir yang melanda beberapa negeri di seluruh Malaysia dan turut bersedia bekerjasama dengan MAPIM Malaysia dalam misi bantuan banjir. – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button