fbpx
Politik
Trending

MN: Apakah akan ada tiga Pengerusi bersama? – Mohd. Puad

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya mematuhi piagam Muafakat Nasional (MN) yang termeterai antara UMNO dan Pas.

Hal demikian dijelaskan apabila parti yang diasaskan dua Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mahu menyertai MN.

Hasrat mereka dizahirkan Muhyiddn yang juga Presiden Bersatu selepas satu pertemuan dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) diadakan pada khamis lalu.

Justeru, Bersatu diminta supaya menghormati piagam yang mengikat UMNO dan Pas sebagai sebuah gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ikut Piagam MN. Presiden UMNO dan Presiden PAS adalah Pengerusi bersama MN.


BACA > Waspada, jangan sampai cetus kluster Aidiladha — Suara Merdeka

“Apakah akan ada tiga Pengerusi bersama?

“Ini kerana piagam, prinsip dan hala tuju MN amat jelas berbanding PN yang lahir kerana marriage of convenience akibat kekalutan politik Mahathir.”

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya malam tadi.

Hari ini sejak pagi tadi, kecoh isu Bersatu mahu menyertai gabungan UMNO dan Pas itu sehingga ramai pihak memberi pandangan bersetuju dan juga sebaliknya.

Hal demikian timbul susulan Presiden UMNO Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO tarik diri daripada menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Mohd. Puad menambah, penggabungan Bersatu dalam MN dilihat sebagai langkah memperkukuh dalam persediaan parti orang Melayu menghadapi PRU.

BACA > Empat rumah flat di Jalan Loke Yew terbakar — Suara Merdeka

Namun, kekukuhan hubungan ketiga-tiga parti itu perlulah berteraskan keikhlasan.

“Mungkin kerana UMNO menolak untuk menyertai PN yang didaftarkan, maka sebagai jalan keluar, PPBM masuk MN.

“GPS Serawak juga dikatakan menolaknya.

“Jika tidak, deadlock PN akan berpanjangan terutama kalau snap election mahu diadakan.

“Cuma kalau menyertai MN, maka patuhlah kepada Piagamnya. Jangan jadikan MN macam PN pula.

“Maka keakraban UMNO, PAS dan PPBM akan bertambah kukuh di atas prinsip keikhlasan,” ujarnya.

BACA > TYT Sabah warta pembubaran DUN — Suara Merdeka

Di samping itu, Mohd. Puad juga dilihat menyindir kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung hasrat Bersatu menyertai MN.

Menurutnya, dalam gabungan UMNO, Pas dan Bersatu itu boleh cadang wujudkan platform lain bagi memberi ruang kepada mereka.

“Boleh juga diwujudkan MN Plus. Senanglah Azmin mohon masuk. Kalau tidak, apa justifikasi Azmin jadi Menteri kanan paling kanan,” katanya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan penyertaan Bersatu dalam MN adalah lebih mudah berbanding PN.

Ini kerana, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii, MN lebih bersedia menghadapi PRU sekarang kerana sudahpun mempunyai piagam.

BACA > Bersama MN lebih mudah berbanding PN — Suara Merdeka

Berbanding PN, gabungan tersebut belum lagi didaftarkan dan penubuhannya nanti akan menimbulkan masalah lain terutamanya apabila PRU mengejut diadakan. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button