Politik

MKT UMNO baharu bermesyuarat tetapkan hala tuju parti, persiapan PRN enam negeri

SELEPAS selesai pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada Sabtu lalu, hari ini parti itu yang menyaksikan Isham Jalil bukan lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO bermesyuarat membincangkan hala tuju parti tersebut.

Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan Isham sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah persiapan UMNO untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Menurut Mohd Sharkar, selain daripada itu, mesyuarat pertama selepas pemilihan biasanya Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjemput untuk majlis angkat sumpah dan suai kenal antara semua MKT baharu dan lama.

“Keduanya mungkin Presiden melantik Ahli Majlis Tertinggi tambahan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn.

Mesyuarat pertama barisan baharu MKT selepas pemilihan itu dipengerusikan Zahid.

Pada pemilihan itu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani berjaya mengisi dua daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO.

Seorang lagi penyandang kerusi itu, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berjaya mengekalkan jawatannya dalam saingan lapan penjuru.

Turut dipertandingkan pada pemilihan itu ialah 25 jawatan Ahli MKT.

Bagaimanapun dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan susulan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2022. – SM

BACA Perkara-perkara menarik sepanjang pemilihan MKT UMNO sesi 2023-2025

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button