Jenayah

Pelabur UK ditipu oleh rakyat Malaysia yang bergelar ‘Datuk Wira’

Seorang ahli perniagaan dari United Kingdom mendedahkan telah menjadi mangsa penipuan oleh ahli perniagaan yang digelar ‘Datuk Wira’.

Menurut Lee Rodger Meiklejohn, 51, hampir RM60 juta melabur kepada lelaki terbabit sekitar bulan Oktober 2010 sehingga April 2011.

Namun dia menyedari ditipu selepas mengesyaki lelaki berkenaan membuat representasi palsu berhubung pelaburan yang dikemukakan pada 2017.

“Selepas beberapa tahun, saya mendapati saya tidak memiliki saham seperti yang didakwa oleh individu terbabit menyebabkan saya membuat laporan polis berhubung penipuan itu pada 2019.

“Namun, saya dimaklumkan oleh polis bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan dinasihatkan untuk mengambil tindakan sivil,” katanya.

Katanya lagi, dia telah membuat satu lagi laporan polis berserta dapatan baru dan dokumen berkaitan, supaya pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

“Sebelum ini, kes diklasifikasikan sebagai NFA dan saya tidak meneruskan tindakan sivil kerana berdepan banyak kekangan termasuk penularan Covid-19 ketika itu.

“Tetapi kali ini saya mengharapkan kes ini dapat diselesaikan mengikut undang-undang atas kesalahan jenayah,” Jelasnya dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) yang juga seorang salah seorang mangsa dari Malaysia, Shah Abdul Malek, 50, turut tampil ke hadapan, dikatakan ditipu dengan jumlah hampir RMBillion.

Dar kiri, mangsa-mangsa penipuan, Lee Rogger Meiklejohn, Shah Abdul Malik dan Amarjit Singh

‘’Saya sendiri telah melabur wang dalam syarikat dan membawa masuk ramai pelabur-pelabur termasuk kaum keluarga saya sendiri dan rakan-rakan.

‘’Saya mula curiga dan didapati lelaki tersebut membuat banyak penipuan terhadap peminjam-peminjam.

‘’Dalam kes saya, dia berjanji untuk memberikan keuntungan antara lima ke enam peratus, namun pulangan tidak diberi seperti dijanjikan.

“Susulan itu, saya bertegas untuk mendapatkan semula wang saya dan pelabur yang saya bawa masuk. Namun saya dianiayai dengan pelbagai tindakan dilakukannya menjadikan beban hutang melambak hingga menyebabkan saya muflis.

“Malah, saya difahamkan lelaki ini menjalankan rantaian sindiket penipuan pelaburan ini dengan berselindung di sebalik rakannya bergelar Tan Sri yang didakwa mempunyai pengaruh dengan pihak berkuasa,” katanya.

Shah yang merupakan ahli perniagaan kosmetik memohon kepada individu di luar sana untuk diminta tampil berhubung dengannya melalui talian 014-2214433 atau email maper.action@gmail.com.

‘’Objektif saya membuat pendedahan ini untuk menghalang individu tersebut dari menipu lebih ramai dan mencari jalan untuk dapatkan semula wang dan harta yang telah ditipu.

“Dengan tindakan ini saya harapan PDRM menyiasat kes ini dengan tulus,’’ katanya.

Artikle Berkaitan :>

Love scam berjaya jebak nelayan RM284,000

Penjawat awam ditipu ‘phone scam’ lebih RM600,000

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button