NegeriRencah Hidup

Tugas pengamal media lebih mencabar tangkis berita palsu

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tugas pengamal media baik media cetak mahu pun elektronik pada ketika ini lebih mencabar terutama bagi melaporkan fakta sebenar di samping menangkis serangan penularan berita palsu dalam kalangan masyarakat.

Wartawan Suara Merdeka Sholina Osman meraih tempat ketiga bagi kategori Berita Ekonomi Terbaik sempena Majlis MAKPs anjuran PWP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar malam tadi.

Baginda bertitah, pengamal media perlu memainkan peranan masing-masing bagi menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat biar pun terdapat pelbagai platform media baharu lain yang semakin berkembang dengan pesat pada masa kini.

“Maklumat disampaikan oleh pengamal media menerusi laporan pemberitaan mereka masih menjadi bahan rujukan buat masyarakat dalam mendapatkan informasi yang tepat,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Majlis MAKPs anjuran PWP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis sambil disaksikan Syed Azlan di Dewan Warisan, Kangar malam tadi.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Perlis (MAKPs) anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar malam tadi.

Hadir sama Exco Kerajaan Negeri, Muhammad Azmir Azizan mewakili Menteri Besar, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titah juga yakin pengamal media khususnya di negeri ini amat memegang kepada etika kewartawanan dalam melaporkan sebarang berita yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

Titah Baginda, dalam masa sama, pengamal media juga perlu bersatu-padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam menyiarkan laporan berita yang komprehensif buat masyarakat.

“Beta amat berharap agar semua pengamal media di negeri ini dapat menyebar luas sebarang informasi berkaitan penganjuran Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025,” titah Baginda.

“Kita perlu terus sama-sama memainkan peranan dalam mempromosikan lokasi-lokasi menarik bagi menggalakkan lagi kehadiran pengunjung luar untuk melancong dan berbelanja di Perlis,” titah Baginda lagi.

Titah Baginda, kejayaan TMPs 2024-2025 nanti bakal memberi limpahan ekonomi buat penduduk di negeri ini khususnya yang melibatkan pengusaha hotel, inap desa, kafe makanan, peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), syarikat pengangkutan serta pelbagai lagi.

Wartawan Suara Merdeka Sholina Osman menerima hadiah daripada Exco Kerajaan Negeri, Izizam Ibrahim sambil diperhati barisan penaja sempena Majlis MAKPs anjuran PWP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar malam tadi.

Sempena majlis anugerah ini, sebanyak 10 kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Terbaik, Anugerah Berita Terbaik, Anugerah Laporan Khas Terbaik, Anugerah Rencana Terbaik, Anugerah Berita TV/Radio Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Berita Mandarin Terbaik, Foto Terbaik, Penyampai Radio Pilihan dan Anugerah Laporan Keseluruhan Terbaik.

Wartawan Suara Merdeka, Sholina Osman mendapat tempat ketiga bagi kategori Berita Ekonomi Terbaik dan menerima hadiah berupa plak dan RM500.

Sementara itu bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menerima Anugerah Jasamu Dikenang. – SM

BACA Raja Muda Perlis hargai jasa pengamal media: SUARA MERDEKA terima Anugerah Media Istimewa

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button