Haiwan

Misteri kematian lebih 350 gajah di Botswana sejak Mei

LEBIH dari 350 bangkai gajah telah ditemui di Delta Okavango, Botswana sejak Mei lalu.

Kerajaan negara itu kini dilaporkan berusaha menyelesaikan misteri kematian secara beramai-ramai kumpulan gajah berkenaan.

Sampel bangkai gajah tersebut telahpun di hantar ke makmal di Kanada, Afrika dan Zimbabwe untuk mengenalpasti punca kematian. Botswana merupakan tempat tinggal bagi satu pertiga gajah di seluruh Afrika.

Masyarakat tempatan mula mengesan kematian gajah sejak Mei lalu seelepas mengesan bangkai 169 ekor gajah. Mereka telah melaporkan penemuan bangkai-bangkai gajah tersebut kepada pihak berkuasa Botswana.

Seorang aktivis Dr. Niall McCann berkata, selepas siasatan lanjut sebulan kemudian mereka mendapati lebih 350 ekor gajar telah mati dan bangkai haiwa itu ditemui bergelimpangan di merata tempat.

“Ini belum pernah terjadi dari segi jumlah gajah yang mati dalam satu peristiwa yang tidak ada kaitan dengan kemarau,” kata Dr. Niall.

Kerajaan Botswana pada awalnya mengesyaki kematian gajah-gajah tersebut disebabkan oleh pemburu haram.

Bagaimanapun mereka mengetepikan andaian tersebut apabila mendapati gading-gading gajah yang mati tidak langsung terusik.

“Hanya gajah yang mati dan tidak ada yang lain. Sekiranya pemburu menggunakan sianida anda pasti akan melihat kematian haiwan lain,” kata Dr McCann.

Beliau juga menolak keracunan anthrax semula jadi sebagai punca haiwan itu mati seperti yang berlaku tahun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 100 gajah di Botswana.

Jelas Dr. McCann melihat cara gajah itu mati yang kebanyakan dengan wajah dan kepala mereka tersembam di tanah serta melihat gajah yang hidup berjalam dalam bulatan memberi petunjuk sesuatu telah menyerang sistem saraf haiwan itu.-Agensi

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button