Rencah Hidup

Drive-Thru Di McD Naik Kuda Sampai Terberak-Berak, Siapa Nak Cuci Najisnya?

MENAIKI kereta pesan makanan melalui ‘drive-thru’ perkara biasa, kini ada yang membuat kelainan dengan menunggang kuda untuk membeli makanan.

Baru-baru ini tular beberapa gambar di media sosial, Twitter @Twt_Cyberjaya yang menunjukkan sekumpulan penunggang kuda menggunakan ‘drive-thru’ McDonalds di Cyberjaya.

“Hanya di Cyberjaya. ‘Drive thru’ McD guna kuda sebab kereta dah terlalu biasa,” tulisnya di ruangan ciapan.

Ramai yang menganggap mereka merupakan golongan kayangan yang ingin menunjuk-nunjuk, namun terdapat seorang pengguna Twitter @airawr_ tampil menjelaskan bahawa mereka itu merupakan penjaga kuda-kuda tersebut dan hanya membawa kuda-kuda tersebut bersiar-siar.

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah najis yang ditinggalkan oleh kuda tersebut dan  netizen mempersoalkan siapakah yang akan membersihkan najis tersebut.

“Kalau dia betul-betul orang beradab dan bertamadun, penunggang kuda akan kutip balik najis kuda tunganggannya dan dimasukkan ke dalam bekas atau beg plastik kemudian dibuang ke dalam semak atau tempat yang sepatutnya,” kata pengguna Twitter @sayasedangtweet.

Oleh itu, @Twt_Cyberjaya tampil berkongsi gambar seorang saksi yang dikenali sebagai Hanan Amirah yang melihat sendiri pihak yang mengikut penunggang kuda dari belakang itu sendiri yang mengemas najis tersebut.

“Sempatlah menyaksikan abang yang bawa 4wd escort mereka itu membersihkan ‘buah tangan’ kuda yang berciciran. Terhibur kami semalam,” tulis Hanan Amirah. -SM

(Visited 525 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button