Politik

Bagus UMNO lantang jawab kritikan terhadap kerajaan

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tiada masalah untuk lantang bersuara terhadap pentadbiran kerajaan, malah digalakkan.

Beliau berkata, rakyat berhak mendapat perkhidmatan baik. Justeru kerajaan perlu mendengar dan mengambil kira segala pandangan positif atau negatif.

“Semua orang lantang, baguslah. Saya harap semua rakyat kena lantang, hak rakyat mendapat kerajaan lebih baik.

“Kita kena sama-sama bagi kritikan yang konstruktif. Jadi, sebagai kerajaan kena dengar dan ambil kira apa juga pandangan positif atau negatif,” katanya.

AHLI MKT UMNO ISHAM JALIL

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Mara ke bas Hino Poncho Zev dan program Mara Brew’ 23 di ibu pejabat Mara, hari ini.

Asyraf ditanya berkatian tindakan dua pemimpin UMNO iaitu Shahrir Samad dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, Isham Jalil yang dilihat lantang bersuara mengkritik Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Shahrir mengkritik kerajaan yang didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.

Semalam, Isham Jalil menyifatkan kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini sebagai krisis yang perlu dibincangkan segera oleh kerajaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai PRN, Asyraf berkata, mana-mana parti masih boleh mencuba nasib membuat tuntutan kerusi.

“Tidak kira Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN), masing-masing boleh buat rundingan kerusi namun ia perlu diputuskan oleh pimpinan tertinggi.

“Semua orang boleh minta tapi akhirnya, kita bersepakat dalam mesyuarat untuk menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tinggi parti.

“Kita juga bersetuju dan akur dengan apa sahaja keputusan sebab 99.7% sudah selesai (agihan kerusi).

“Jadi tiada isu sebenarnya, biasalah mungkin yang akan minta dan sebagainya itu mahu cuba-cuba nasib di saat akhir daripada presiden masing-masing,” kata memberi pencerahan.

Terdahulu, Pemuda Amanah Hulu Selangor menggesa pemimpin parti politik dalam gabungan kerajaan bersikap adil dalam pembahagian kerusi PRN.

Ketuanya, Abdul Mun’im Roslin tidak bersetuju dengan hasrat UMNO bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam dan Batang Kali.

Kerusi Hulu Bernam kini disandang Rosni Sohar daripada BN manakala Batang Kali pernah disandang gabungan itu sebelum kalah kepada Bersatu pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – SUMBER FMT – SM

BACA Kerajaan campuran PH-UMNO tidak ada hala tuju – Muhyiddin Yassin

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button