Kemalangan

Misi Pencarian Mangsa Terselamat Nahas Pesawat China Eastern Airlines Diteruskan!

Pasukan penyelamat meneruskan pencarian di pergunungan di wilayah Guangxi di selatan China, untuk mencari mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat China Eastern Airlines.

Sebahagian daripada jet Boeing 737-800 itu ditemukan pada Isnin berselerak di lereng gunung, nahas pertama membabitkan sebuah pesawat komersial China sejak 2010.

Penerbangan MU5735 itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kunming, ibu kota wilayah Yunnan, ke Guangzhou di wilayah Guangdong, bersempadan dengan Hong Kong, apabila ia tiba-tiba menjunam dari dan terhempas.

Media China menunjukkan pesawat menjunam ke tanah di belakang pokok pada sudut kira-kira 35 darjah secara menegak.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan rakaman itu.

Satu pasukan pengawal selia penerbangan China dikerahkan ke lokasi nahas, bersama pasukan penyelamat bomba dan tentera tempatan.

Naib Perdana Menteri Liu He berlepas ke bandar Wuzhou di Guangxi, pada malam Isnin, untuk menyelia usaha menyelamat dan siasatan selepas mesyuarat tergempar kerajaan.

Kabinet berkata, ia akan menugaskan pegawai untuk menangani kemalangan itu sebagai keutamaan, mengenal pasti punca secepat mungkin, dan melakukan penyiasatan keselamatan dalam sektor penerbangan awam untuk memastikan keselamatan operasi dan orang ramai.

Dengan keadaan muka bumi yang sukar, media kerajaan berkata, tapak nahas itu dikelilingi oleh pergunungan di tiga sisi, dengan akses disediakan hanya dengan satu laluan kecil.

Penganalisis penerbangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Robert Mann berkata, penyiasat memerlukan perakam data penerbangan untuk memahami apa yang mungkin menyebabkan penurunan mendadak yang dicadangkan oleh data Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B).

Laman web China Eastern bertukar menjadi hitam dan putih selepas tragedi itu.

Media kerajaan pula menyifatkan keadaan itu kelishatan ‘suram’, dan tidak menolak kemungkinan semua individu di dalam pesawat itu terkorban.

Nahas terakhir pesawat komersial di tanah besar China adalah pada 2010, apabila jet serantau Embraer E-190 Henan Airlines terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Yichun dalam jarak penglihatan yang rendah, mengorbankan 44 daripada 96 orang penumpang dan anak kapal.

China Eastern berkata punca nahas sedang dalam siasatan dan kemalangan sebegini lazimnya membabitkan pelbagai faktor, dan pakar memberi amaran masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai puncanya berdasarkan maklumat yang terhad.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button