Nasional

Misi K.A.M.P.U.I fahami maksud tujuh resolusi

SERAMAI 25 belia Islam akan mengikuti Program Bermotosikal K.A.M.P.U.I (Konvoi Anak Muda Prihatin Ummah dan Iman) sekitar Perlis pada 26 Mac ini.

Program ini anjuran Himpunan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Perlis (HIMPUNAN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaku penaung.

Pengerusi HIMPUNAN yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PMPs) Cawangan Perlis, Azemi Salim berkata, konvoi bermula di hadapan bangunan MAIPs di Taman Pengkalan Asam dan berakhir di Taman Desa Asnaf di Batu Bertangkup, Chuping.

Beliau berkata, konvoi ini akan singgah di tujuh “check point” yang ditetapkan.

“Di antara  “check point”  ini nanti peserta akan diberikan pencerahan mengenai tujuh resolusi yang terkandung dalam memorandum yang telah diserahkan oleh HIMPUNAN kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

“Penyerahan memorandum tersebut telah dibuat pada 21 Februari lalu yang berkaitan dengan kes tiga kanak-kanak mualaf,” katanya.

AZEMI SALIM

Beliau berkata, resolusi ini adalah sebagai asas pemikiran, tindakan dan seruan kepada seluruh masyarakat dalam berdiri teguh bersama MAIPs dan bersolidariti dengan anak-anak bawah umur yang keIslaman mereka telah, sedang dan akan dicabar di mahkamah.

Katanya lagi, pada “check point”  kedua akan bermula penerangan berhubung resolusi pertama dan kedua oleh Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan.

Beliau berkata, resolusi ketiga akan disampaikan oleh Mohd Nazim Mohd Noor yang juga akan membuat pelepasan perasmian konvoi pada “check point” terakhir iaitu yang ke tujuh di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup, Chuping.

“Resolusi ke empat akan disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pada “check point” ke enam di kediamannya di Teratak Teduhan Doa, Bukit Keteri, Chuping,” kata Azemi.

Manakala resolusi kelima dan keenam pula oleh Ahli Majlis Fatwa Perlis, Ustaz Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail di “check point” ke tujuh di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup, Chuping.

Resolusi ke tujuh pula disampaikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr. Mohamad Rozaimi Ramle di KUIPs pada “check point” ke lima.

Azemi berkata, antara tempat yang peserta akan singgah di antara “check point” ini termasuk Pangsapuri Sena di Kangar, Centre of Sunnah di Arau.

“Di Kuala Perlis pula konvoi ini akan singgah di IKBN Kuala Perlis, Kampung Warna-Warni dan KUIPs,” ujarnya.

Sebelum acara berakhir di Taman Desa Asnaf, peserta akan singgah di kediaman Mufti, Teratak Teduhan Doa, katanya. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button