Luar Negara

Lagi letusan besar dikesan di gunung berapi Tonga

SELEPAS dua hari letusan gergasi mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik berlaku, satu lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi Tonga hari ini, lapor stesen pemantauan berpangkalan di Darwin, Australia.

Letusan terbaharu tersebut dikesan pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, menurut amaran Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata bahawa pihaknya juga telah mengesan ombak besar di kawasan itu.

“Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi letusan gunung berapi Tonga. Tiada gempa bumi kuat yang berlaku dan boleh menghasilkan ombak ini,” katanya.

Letusan gergasi gunung berapi bawah laut di Tonga yang berlaku dua hari lepas sangat kuat iaitu sama dengan gempa bumi bermagnitud 5.8.

Letusan itu juga telah mencetuskan tsunami yang melanda pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat.

Namun, masih tidak pasti sejauh mana kerosakan di Tonga pada hari Ahad ekoran talian komunikasi terputus. -SM

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button