Ekonomi

MISC dijangka muncul pemilik VLEC ketiga global

RHB Investment Bank menjangkakan MISC Bhd menjadi pemilik kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) ketiga terbesar di peringkat global selepas syarikat-syarikat Mitsui OSK Lines dan Evergas.

Ini susulan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) bagi pembelian enam kapal VLEC daripada firma China, Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd bernilai US$726 juta (US$1=RM4.26).

Pada masa ini, MISC telah dianugerahkan kontrak sewaan selama 15 tahun bagi enam VLEC oleh Zhejiang Satellite Petrochemical untuk beroperasi di perairan antarabangsa yang dijangka bermula pada 2022.

Menurut RHB Investment Bnak, pada masa ini terdapat kurang daripada 10 kapal VLEC yang beroperasi secara global dalam pasaran khusus berkenaan.

“Kami amat positif terhadap kejayaan (MISC) mendapat kontrak tersebut kerana dapat membantu dari segi jaminan pendapatan jangka panjang syarikat itu,” kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan, hari ini.

Pada 12 tengah hari, saham-saham MISC naik tiga sen kepada RM7.93 dengan 715,100 saham didagangkan. – BERNAMA 

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button