Lifestyle

Minuman Kesihatan Popular Pantai Timur Kini di Shah Alam

PRODUK minuman kesihatan Mammy Mineral Essence (MME) yang telah bertapak selama lebih 16 tahun di Pantai Timur kini mengambil langkah strategik dengan pembukaan pejabat baharu di Avenue Crest, Seksyen 22, Shah Alam bermula Mei ini.

Pengasasnya, Hasmah Mohamad – lebih dikenali sebagai Maamy – berkata keputusan membuka cawangan di Lembah Klang dibuat susulan permintaan tinggi daripada pengguna dan pengikut media sosial jenama tersebut.

“Sudah tiba masanya kita kembangkan manfaat produk ini kepada warga Lembah Klang. Ramai yang minta untuk mencuba dan berjumpa secara langsung. Kami alu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut atau mencuba secara percuma. Cuma buat janji temu dengan pihak kami,” jelas Maamy.

MME merupakan produk berasaskan mineral dan unsur surih yang tulen, diekstrak secara semula jadi dari lautan Australia, khususnya dari perairan Queensland. Produk ini diambil bersama air mineral bagi membantu menyegarkan tubuh dan memberikan rasa kelegaan.

“Testimoni daripada pengguna kami boleh ditonton di platform media sosial @mammymineralessemce.official atau datang terus ke pejabat untuk bertemu sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, MME sudah dikenali terutama dalam kalangan pengguna di Kelantan dan Terengganu menerusi jualan di masjid-masjid utama di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, penyampai radio Gegar FM, Fizie Roslan yang juga merupakan duta produk MME menyambut baik inisiatif memperluas operasi ke Shah Alam.

“Ramai dalam kalangan anak muda kini menunjukkan minat terhadap MME. Saya pujuk Maamy supaya manfaat produk ini dapat dikongsi lebih ramai, terutama bila ramai yang beri respons positif di TikTok dan platform lain. Ini masa terbaik untuk tembusi pasaran lebih luas,” katanya.

Fizie turut yakin, penjenamaan yang lebih mantap dan kehadiran fizikal di Lembah Klang akan membuka peluang lebih besar buat MME berkembang ke tahap seterusnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button