Berita

Negara Islam perlu semak semula hubungan dengan negara Amerika Syarikat

Mengambilkira politik presiden sebuah negara imperialis yang didakwa terkuat didunia kini, Amerika Syarikat ( AS ) dilihat memilikki presiden yang tidak berintegriti dalam kaca mata ahli kongres di Amerika Syarikat.

Donald Trump kalah dalam undian dikongres kelmarin. Undian dua tuduhan artikel dakwaan dimakzulkan di dewan perwakilan jelas mendapat sokongan ahli Demokrat.

Analisis terhadap kesan pemimpin AS itu didakwa, dijangka tidak merubah pelbagai polisi yang dirangka oleh AS selama ini terutama terhadap nasib warga Palestin.

Namun pastinya dunia kini terpaksa menerima hakikat bahawa ia berdepan dengan seorang presiden AS yang terpalit dengan imej menyalahguna kuasa sekaligus tidak boleh dipercayai.

Bermakna , mana-mana negara yang berurusan dengan Donald Trump perlu berfikir semula. Di kongres beliau telah dilihat melanggar mandat yang telah diberi kepadanya mengikut perlembagaan Amerika.

Soalnya apakah negara luar boleh campur tangan dalam politik Amerika. Jawapannya tidak. Tetapi semua tahu Amerika adalah negara yang paling banyak malah paling agresif campurtangan dalam politik domestik negara-negara didunia.

Dengan slogan ” American First ” Trump mempamirkan keangkuhannya dengan menggangap tidak ada siapa yang boleh menentukan nasib mana-mana negara kecuali AS.

Trump yang menjadi obses untuk menyokong Israel, menandakan beliau siap menjayakan apa sahaja cita-cita Zionis Israel walaupun dengan menyalahguna kuasa pejabat Presiden AS.

Memang makzul terhadap Trump adalah sejarah presiden ketiga AS yang bakal dicadang dipecat. Namun kerakusan Trump menyalahguna kuasa di Rumah Putih telah memporak-peranda hubungan antarabangsa.

Rentetan tindakkan beliau melancar Deal of Century kononnya pelan untuk mencapai perdamaian dalam konflik israel – Palestin. Namun jelas imej Trump sudah menunjukkan hipokrasinya. Trump menyokong Jeruselem sebagai ibu negeri israel, menghentikan saluran peruntukan UNWAR untuk membantu pelarian Palestin, menghalalkan perampasan tanah Palestin oleh puak Yahudi.

Trump juga tidak boleh dipercaya lagi dalam mencari penyelesaian isu ketegangan di Asia Barat seperti konflik di Syria dan Yemen. Jelas beliau tidak merasa bersalah membekal senjata untuk diguna bagi membunuh rakyat awam di negara berkonflik.

Imej Trump sangat tidak boleh dipercayai ketika berurusan dengan perdagangan dunia. Perang perdagangan dengan China telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Trump membatalkan komitmen AS dalam isu perubahan cuaca dunia iaitu perjanjian Paris. Beliau mendakwa krisis alam sekitar tidak wujud.

Lebih berat lagi Trump menarik diri dari perjanjian nuklear dengan Iran dan mengisytihar sekatan ekonomi yang bertambah sehingga menderitakan rakyat Iran.

Trump juga nampaknya rasa tidak bersalah menyokong Narendra Modi yang melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB terhadap Kashmir. Pelanggaran hak manusia yang menyebabkan 8 juta warga Kashmir terkepung oleh tentera India tidak dihirau oleh Trump.

Demikian kami berpendapatan Trump menjadi President AS paling tidak boleh dipercayai untuk menjalin sebarang perjanjian.

Kami menggesa agar negara-negara Islam yang banyak berurusan dengan AS hendaklah menyemak semula perhubungan mereka agar tidak terperangkap dengan hipokrasi Trump.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button