Nasional
Trending

COVID-19: PM luangkan masa beli sendiri barang dapur

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini turun sendiri membeli barang dapur untuk keperluan untuk rumahnya.

Dengan berpakaian tidak formal, Muhyiddin yang lengkap memakai topeng muka dan sarung tangan menolak troli untuk memilih sendiri barangan keperluan harian untuk keluarga.

Menurut Muhyiddin, beliau kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang semakin peka dengan langkah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Antara yang diperhatikan oleh beliau ialah orang ramai sudah mula sedar keperluan menjarakkan diri antara satu sama lain.

Selain itu, beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan kekurangan barangan keperluan.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” kata Muhyiddin dalam satu perkongsian di Facebook menceritikan pengalamannya keluar membeli barang dapur ketika perintah kawalan.

Sementara itu pengikut Facebook Muhyiddin meminta Perdana Menteri untuk menjaga kesihatan dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan beliau dan Kabinet dalam berjuang menghapuskan virus COVID-19.

“Jaga diri #StayHealthy TS Muhyiddin Yassin Tolong #StayStrong untuk diri dan kami rakyat Malaysia. Terima Kasih untuk semua yg TSMY lakukan demi kesejahteraan negara dan rakyat. #StayAtHome,” komen Ziee Ann.

“Kesihatan juga perlu jaga Tan Sri, semoga Allah beri kesihatan yg baik kepada Tan Sri untuk mentadbir negara dalam krisis yang melanda sekarang dan semoga diberi kemudahan dalam setiap perancangan,” kata Kamarul Zainal.

“YAB. I never fancy you before, but after everyday watching you in tv screens there is sincerity in your face that translate all your actions so far. I am convinced that you are the long waited leader that can steer this country to a much greater height in a very near future. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk YAB Tan Sri. Ini bukan nak membodek punya cerita. Saying from my heart,” ucap Rahimi Jaafar.-SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button