BanjirNasionalParlimen

426 mangsa banjir masih di 5 PPS

Seramai 123 keluarga melibatkan 426 mangsa banjir masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) hingga 6 pagi hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Mohd Ali, berkata mangsa banjir itu melibatkan empat daerah meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kelantan (317), Terengganu (22) dan Pahang (87). Secara kumulatif sejak monsun timur laut 2023-2024 bermula November, mangsa banjir terlibat seramai 7,684.

“Daripada 1,976 keluarga ditempatkan di 49 PPS meliputi 12 daerah di Kedah, Kelantan, Perlis, Selangor dan Terengganu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang meminta menteri menyatakan situasi terkini banjir yang melanda negara.

Sementara itu, Armizan berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 8,481 PPS yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.

Beliau berkata, dalam memastikan penyediaan makanan dan keperluan lain, JKM melantik 868 pembekal barang keperluan asas dan 1,224 pembekal makanan di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana tahun 2023/2024 itu.

“Pihak JKM juga telah memaksimumkan 774 fasiliti penyimpanan bantuan bencana di seluruh negara mulai September dan Oktober 2023,” katanya. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button