Politik

Kalau PM tidak letak jawatan, seharusnya 2 menteri kanan dipecat – MP PKR

SEKURANG-kurangnya dua menteri kanan perlu dipecat sekiranya Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Cadangan itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Wong Chen susulan langkah Majlis Raja-Raya menolak cadangan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat bagi mengekang Covid-19 semalam

Ahli Parlimen Subang itu mendakwa, cadangan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat sangat gila, tidak tersentuh dan berniat jahat untuk menggantung Parlimen sehingga ditolak oleh Majlis Raja-Raja.

“Sekiranya dia tidak meletak jawatan, sekurang-kurangnya dua menteri kanannya harus dipecat. Kami tahu bahawa perdana menteri tidak berada dalam keadaan sihat selama beberapa waktu dan ada perbincangan berterusan bahawa dia dipengaruhi oleh dua menteri kanan ini.

“Oleh itu, sama ada perdana menteri meletakkan jawatan atau dia memecat kedua menteri kanan tersebut kerana usaha berani ini untuk menumbangkan demokrasi di Malaysia.

“Itu adalah penutupan yang sesuai untuk bab krisis darurat yang buruk ini. Pasti ada akibatnya untuk tindakan tersebut atau negara kita yang tercinta akan terus menderita politik tanpa hukuman,” kata Wong Chen.

Menurutnya hanya selepas tindakan itu diambil, pihak-pihak yang terlibat kita bincangkan untuk bekerjasama untuk membendung Covid-19.

“Selepas itu, mari kita bincangkan untuk bekerjasama untuk membendung Covid-19, dan berunding untuk pembaharuan dan anggaran,” kata Wong Chen di Facebooknya pagi ini.

Cadangan Wong Chen itu dilihat tidak selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja semalam yang meminta agar ahli politik berhenti berpolitik sebaliknya menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap masalah rakyat.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Baginda bertitah demikian selepas mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang membincangkan cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan penyisytiharan darurat semalam. Cadangan tersebut tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Al-Sultan Abdullah bertitah, tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini ketika ini.

Ini berikutan Majlis Raja-Raja berpendapat kerajaan pimpinan Muhyiddin telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 itu dari terus merebak.

Majlis Raja-Raja turut mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.-SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button