Politik

Semua ketua sayap Pas Pusat kini ada kedudukan di Parlimen

PELANTIKAN Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin sebagai Senator hari ini melengkapkan kedudukan semua Ketua Dewan Pas iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Penyokong Pas di Parlimen.

Ketua Penerangan Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang gembira dengan perkembangan tersebut mengucapkan tahniah dan bersyukur dengan pelantikan Khairil Nizam.

“Alhamdulillah kini semua Ketua Dewan-Dewan PAS Pusat berada di Parlimen. Ulamak, Muslimat, Dewan Himpunan.

“Dan hari ini Ketua Dewan Pemuda Ir. Ts Khairil Nizam, profesional di bawah kepimpinan Ulamak. PAS for All. Tahniah,” ucap Takiyuddin yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Twitternya.

Sebelum ini Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas N. Balasubramaniam telahpun berada di Parlimen juga atas lantikan sebagai Senator.

Nuridah dilantik sebagi Senator pada 29 November 2018 manakala Balasubramaniam dilantik sebagai Senator pada 16 Jun lalu.

Sementara Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula merupakan Ahli Parlimen Pasir Puteh.

Khairil Nizam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada majlis yang berlangsung di Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau yang merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.-SM

 

 

(Visited 1,294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button