EkonomiHiburanpilihan

Al-Iksan, Alif Satar keluarkan Baju Melayu berteknologi pertama di Malaysia

Buat julung kalinya Al-Ikhsan dengan jenama “in-house” berkolaberasi bersama selebriti popular, Alif Satar dalam menghasilkan Baju Melayu yang berteknologi, ‘Pesak Ventech’ yang akan menjadi keselesaan pada para lelaki sempena sambutan raya pada tahun ini.

Alif Satar

Lebih menarik atlet basikal kebangsaan, Datuk Azizul Awang diumumkan sebagai duta untuk koleksi pada kali ni.

Datuk Azizul Awang

Menurut Alif kolaberasi ini sangat unik kerana buat pertama kali di Malaysia baju melayu ini yang mempunyai kelainan yang boleh menarik perhatian rakyat Malaysia untuk membeli.

“Al-Ikhsan cukup pakar untuk menghasilkan kain yang berkualiti malah mampu milik untuk semua pelanggan di seluruh negara, reka bentuk baju melayu ini dikeluarkan hanya cengkak musang dan kurta malah terdapat untuk kanak-kanak.

“Ini adalah tahun pertama dan jenama Al-Ikhsan dan Iktikaf Alif bersama, kami nak buat percubaan untuk tahun ini dan insya-Allah sekarang team juga sudah bersedia untuk tahun hadapan,” katanya semasa sesi pelancaran.

Koleksi baju melayu dan kurta ini mengadaptasikan teknologi Pesak Ventech yang menggunakan material jenis ‘’MESH’’ pada bahagian bawah lengan yang menjadi koleksi anti peluh, cepat kering, berangin dan sudah pasti akan selesa pada si pemakai.

Baju Melayu Al -Ikhsan

Slogan yang diberi untuk koleksi ini adalah ‘’Baju Melayu yang paling cool’’, bersesuaian dengan konsep aktiviti-aktiviti secara fizikal dan lasak.
Membariskan 5 kategori iaitu baju melayu potong biasa (regular fit), baju melayu potong ‘slim’ (slim fit), kurta 3 butang, kurta 1 butang dan juga koleksi untuk kanak-kanak.

Mempunyai 18 warna pilihan, kesemua koleksi ini dijual dari harga mampu milik iaitu RM99, RM129 dan RM169.

Al Ikhsan baju melayu

Bolen didapati di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports serta secara» pembelian digital melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports : www.al-ikhsan.com Untuk pelbagai informasi terkini mengenai “ON” serta promosi terkini Al-Ikhsan Sports, anda boleh layari akaun sosial media rasmi Al-Ikhsan Sports di Instagram, Facebook, TikTok, Twitter serta Linkedin.

Artikle berkaitan :>

Alif Satar masih terasa kesan selepas positif Covid-19

 

PM sifatkan kemenangan Datuk Azizulhasni Awang beri makna signifikan buat negara

 

Al-Ikhsan jual barangan MESSI di Asia Tenggara

(Visited 1,887 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button