Nasional

PRK Chini: Tindakan tepat BN letak calon muda – Reezal Merican

PRK Chini pada Sabtu ini

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini disifatkan tindakan yang tepat dalam usaha mempertahankan DUN berkenaan selaku kawasan kubu kuat parti itu.

Reezal Merican berkata, ini kerana golongan belia merupakan pengundi majoriti di DUN tersebut dan calon BN, Mohd Sharim Md Zain diterima baik oleh pengundi serta penduduk di kawasan tersebut.

Penuh Perbezaan, Norma Baharu Di Hari Penamaan Calon PRK DUN Chini ...

“Saya cukup bangga sebagai Menteri Belia dan Sukan bahawa calon ini datang daripada calon pertubuhan belia yang merupakan Presiden Belia Felda (kawasan).

“(Boleh dilihat penerimaan calon) daripada reaksi dalam kalangan rakyat tempatan… tanpa perlu mendabik dada.

“Mudah-mudahan ini akan jadi petanda awal. Reaksi yang diberikan itu memberikan isyarat bahawa Chini akan tetap dipertahankan dan mudah-mudahan juga diberikan kemenangan yang cukup meyakinkan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas siri kempen PRK DUN Chini di Paloh Hinai, hari ini.

Turut bersamanya, dua jaguh silat negara, Mohd. Al Jufferi Jamari, 27, dan Azim Amzad, 21. Azim adalah pengundi di DUN Chini dari Felda Chini Timur 3.

BERNAMA melaporkan, PRK DUN Chini yang dijadualkan lusa (Sabtu ini) menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim, 41, dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, serta Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

DUN Chini ialah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, mempunyai 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa.

Manakala 18 pengundi awal polis, dengan pengundi berusia bawah 40 tahun adalah majoriti mewakili 56 peratus. – SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button