Luar Negara

Amazon akan berhenti menerima kad kredit Visa yang dikeluarkan di UK

AMAZON.COM Inc. akan berhenti menerima pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit Visa yang dikeluarkan di UK mulai tahun depan.

Beberapa pelanggan diberitahu melalui system notifikasi tentang perubahan tersebut minggu ini. Selepas membuat pembelian, mereka menerima pemberitahuan daripada Amazon yang mengatakan bahawa “bermula dari 19 Januari 2022, kami tidak lagi akan menerima kad kredit Visa yang dikeluarkan di UK” disebabkan oleh bayaran caj memproses transaksi yang tinggi dikenakan oleh Visa.

Pelanggan Amazon masih boleh menggunakan kad debit Visa, serta kad kredit Mastercard dan AmEx, serta kad kredit Visa lain yang dikeluarkan di luar UK, menurut maklumat yang dikongsi dengan pelanggan.

“Kami sangat kecewa kerana Amazon mengancam apabila ianya mula menyekat pilihan pengguna pada masa hadapan. Apabila pilihan pengguna terhad, tiada siapa yang menang,” kata jurucakap Visa dalam e-mel. “Kami mempunyai hubungan yang lama dengan Amazon, dan kami akan terus berusaha ke arah penyelesaian.”

Walau bagaimanapun, pihak Amazon belum lagi memberi sebarang jawapan rasmi tentang isu tersebut. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button