Nasional

Mid Valley City ditutup buat sementara waktu berikutan insiden kebakaran

MID Valley City akan ditutup sementara pintu kepada pengunjung berikutan insiden kebakaran di premis itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, pengurusan Mid Valley City mengesahkan kebakaran telah berlaku di Pencawang TNB luar di Mid Valley City dan berjaya dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan.

“Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian pada 10.42 pagi untuk memadamkan kebakaran,” kata kenyataan itu.

Sehingga 11.38 pagi, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku, kata pihak pengurusan.

Ia berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kini berada di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis agar tiada gangguan lagi terhadap operasi pusat beli-belah.

“Dalam mengutamakan keselamatan semua yang hadir, gangguan sementara bekalan elektrik akan dilaksanakan.

“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin mengulangi bahawa keselamatan pembeli dan tetamu kami tetap menjadi keutamaan kami,” tambah pihak pengurusan.

Mid Valley City melibatkan Mid Valley Megamall, pusat beli-belah The Gardens dan tiga hotel, iaitu Cititel Mid Valley, The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan Gardens Hotels and Residences.

Terdahulu, Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley KL mengumumkan bahawa semua tayangan akan dibatalkan dan pawagam akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak. -SM

Baca juga :Mayat remaja yang dikhuatiri lemas di Bentong ditemui

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button