Nasional

Hari Keluarga Madani UPSI 2023 rapatkan ukhwah warga kampus

HARI Keluarga Madani UPSI 2023 anjuran Jalinan Ikatan Persatuan Kesatuan Kakitangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (JITU) yang diadakan Khamis lalu di Perkarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah mampu merapatkan ukhwah dalam kalangan warga universiti.

Pengerusi LPU, Puan Sri Rohani Parkash (tengah) dan Prof Datuk Dr Md Amin bergambar bersama tetamu dan warga UPSI di perkarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pembentukan JITU pada 4 Februari 2022 membabitkan gabungan tiga persatuan iaitu Persatuan Kakitangan UPSI (PEKA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UPSI (PRESTASI), Kesatuan Pegawai AM UPSI (KPA) dan satu-satunya persatuan wanita UPSI ataupun lebih dikenali sebagai PEWARIS mampu menjadi medium utama untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan warga universiti.

Warga UPSI menikmati durian.

Menurut beliau lagi, objektif utama JITU ditubuhkan adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berskala besar bersama-sama. Seluruh warga UPSI di bawah naungan JITU sangat membantu dalam menggerakkan pelbagai program universiti dengan lebih efektif.

Menurut Presiden JITU, Prof. Madya Dr. Mohd. Faizal Nizam Lee, semua warga UPSI yang terlibat dengan Hari Keluarga Madani 2023 adalah bukan sahaja sekadar acara pada catatan kalendar, malah merupakan perayaan perpaduan dan tujuan kebersamaan dalam aktiviti persatuan dan kesatuan.

Staf memperlihatkan bakat nyanyian.

“Hari ini kita meninggalkan tuntutan rutin harian kita dan meluangkan masa berkualiti bersama orang yang paling penting iaitu keluarga. Keluarga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Mungkin ada di antara kita dipersatukan oleh darah, manakala yang lain terjalin ikatan melalui persahabatan, pengalaman yang dikongsi dan tujuan yang sama”.

Beliau juga menegaskan bahawa, bumi Muallim ini bukan sekadar tempat belajar ataupun bekerja namun ia merupakan satu komuniti yang di mana tempat kita mencari mentor, rakan serta rakan sekerja yang menjadi sebahagian penting dalam hidup kita.

Aktiviti senamrobik yang menyeronokkan kakitangan.

“ Kita juga perlu meraikan keluarga yang tidak terhad kepada satu hari sahaja dalam setahun, malahan ia adalah perjalanan kasih sayang, sokongan dan persefahaman yang berterusan,” katanya lagi.

Kakitangan bersukaneka di dalam Stadium UPSI.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah; Setiausaha Agung CEUPAC, Abdul Rahman Bin Haji Mohd Nordin; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak.

Program Hari Keluarga Madani UPSI 2023 yang diadakan sempena Perhimpunan Bulanan September bermula pada jam 8.15 pagiitu diserikan pelbagai acara menarik seperti Senam Tari UPSI, Sukan Rakyat Keluarga Madani UPSI serta Jamuan Keluarga Madani UPSI yang menyediakan 1.5 tan durian sekali gus menjadi tarikan utama program berkenaan. – SM

Baca : SNS Network, Bitshield bekerjasama meningkatkan keselamatan siber di Malaysia, Brunei

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button