Belang Bertempat

Kredit Komuniti sama aje berhutang dengan ceti haram, ah long

PENGUMUMAN Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam semestinya melegakan keresahan dan kebimbangan rakyat dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) tidak ditamatkan pada 28 Jun lalu kerana ramai dalam kalangan kita yang hilang punca pendapatan.

Sekurang-kurangnya bantuan daripada Pemulih dapat memecahkan kebuntuan mengapa rakyat Kelantan dikatakan melakukan pinjaman daripada syarikat-syarikat tidak berlesen atau lebih popuar dengan panggilan ah long sepanjang tempoh PKP3.0.

Selepas pengumuman khas Perdana Menteri semalam, jangkaan kenaikan 30 peratus orang ramai mahu melakukan pinjaman daripada ah long tidak berlaku.

Menurut Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani, dianggarkan lebih 1,000 peminjam membuat pinjaman daripada 168 ah long tahun lepas. Itu rekod yang diperoleh berdasarkan hutang pada ah long di seluruh negeri Kelantan.

Peminjam ah long rata-ratanya ialah peniaga dan mereka yang terlibat sebagai kontraktor. Dua golongan inilah yang terpaksa meminjam daripada ah long dan syarikat peminjam wang tidak berlesen kerana proses kelulusannya yang amat mudah.

Teringat tagline, “saya ah long, mahu tolong!”

Disebabkan desakan hidup susulan ramai rakyat ketika ini tidak dapat berkerja malah ada yang dibuang kerja.

Oleh itu, mereka terpaksa meminjam dengan cara mudah untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sedar kesan meminjam dengan ah long menundang padah dan risiko berbahaya terhadap keluarga jika hutang tidak dibayar kepada ah long atau syarikat peminjam wang tidak berlesen.

Dalam masa yang sama, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil membangkitkan, Menteri dan kementerian yang berkenaan perlulah peka dengan senario ceti-ceti haram dan ah long yang dahulunya beroperasi secara haram dan tidak berlesen kini dikatakan sebagai Kredit Komuniti.

Menurut Isham, semua orang tahu bahawa ceti-ceti haram dan ah long memberi pinjaman wang secara tidak sah dan kegiatan atau operasi kumpulan ini bukanlah baharu.

“Mereka iaitu pinjaman wang berlesen ini bukan baru, mereka telah lama beroperasi.

“Bila rakyat terdesak, mereka akan pinjam daripada sesiapa sahaja dan mesti ada yang menangguk di air keruh untuk beri mereka pinjam,” katanya.

Dalam dasar kewangan, ujar Isham lagi, keadaan ini dipanggil “predatorial lending” atau pemberi-pinjam pemangsa.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat lebih 4,000 peminjam wang berlesen di seluruh negara.

“Beri mereka (Kredit Komuniti) ini lesen dan beroperasi masa darurat tidak menjamin mereka ikut undang-undang apabila mereka kutip hutang terutama semasa ekonomi teruk,” katanya.

Sepatutnya dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan pada ketika ini, tidak perlu pinjam daripada ah long atau ceti-ceti haram.

“Atau bukan suruh atau galakkan rakyat untuk pergi pinjam duit dari “Kredit Komuniti”, mahupun ceti dan ah long atau bekas-bekas mereka,” tegas Isham. – SM

(Visited 865 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button