HiburanLuar Negara

Michelle Obama bakal lancar rancangan memasak di Netflix

Michelle Obama bakal melancarkan sebuah rancangan masakan buat kanak-kanak, “Waffles + Mochi” yang akan disiarkan bermula 16 Mac ini di Netflix.

Ditujukan untuk penonton yang lebih muda, “Waffles + Mochi” akan menampilkan dua patung yang bernama Waffles dan Mochi manakala beliau pula memegang watak sebagai pemilik pasar raya.

Menurut Michelle selaku penerbit, “Waffles + Mochi” merupakan rancangan yang bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kebaikan dan keseronokkan menyediakan makanan di rumah berbanding menikmati makanan segera.

Bekas wanita pertama AS itu menggambarkan siri ini sebagai sebuah drama yang lucu, mencuit hati, dan luar biasa.

“Saya berharap “Waffles + Mochi” disiarkan ketika anak-anak perempuan saya dalam fasa kanak kanak dan membesar kerana ini adalah program yang menyeronokkan untuk ditonton bersama sebagai keluarga, dan memberi ketenangan kepada ibu bapa untuk mengetahui bahawa anak-anak mereka juga belajar sesuatu” katanya.

Menceritakan tentang rancangan ini, Michelle akan membantu Waffles dan Mochi untuk menjadi chef dengan melancong ke setiap dapur, restoran, ladang dan rumah di seluruh dunia untuk mencari bahan masakan.

Di samping itu, mereka akan menyediakan masakan dari resipi harian bersama chef-chef ternama, kanak-kanak dan beberapa selebriti yang akan menjadi tetamu khas”, kata wakil dari Netflix.

Tema rancangan ini yang selaras dengan kempen kesihatan awam yang dianjurkan oleh Michelle iaitu “Let’s Move bertujuan membendung masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

Ini bukan kali pertama Michelle memasukkan elemen patung dalam kerja-kerja sosial beliau dimana pada tahun 2013, dia mengundang watak kartun Sesame Street ke White House sebagai sebahagian daripada kempen tersebut.

Michelle juga memanfaatkan platform yang dimiliki dengan memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan mendapatkan akses kepada makanan sihat dan berpatutan.

“Waffles + Mochi” merupakan projek beliau yang terkini di Netflix selepas dokumentari autobiografi yang menceritakan tentang kehidupan beliau “Becoming” disiarkan pada tahun 2020.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button