Nasional

MIC minta MB Kedah beri penjelasan berhubung isu kuil

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor diminta menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat, susulan perobohan sebuah kuil di negeri itu baru-baru ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sendirian Muhammad Sanusi merobohkannya, walaupun Menteri Besar itu sudah berjanji dalam mesyuarat Julai lepas akan memaklumkan kepada baliau dan juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.

“Menteri Besar Kedah perlu membuat penjelasan mengapa kuil itu dirobohkan secara tergesa-gesa tanpa sebarang rundingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah. – BERNAMA

(Visited 159 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button