NasionalUncategorized

HASiL perlu telus dan adil mengutip cukai daripada rakyat-PM Anwar

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dan ahli-ahli percukaian perlu telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Anwar menegaskan, HASiL hanya  cukai apa yang patut dan jangan bebankan rakyat.

“Walaupun negara perlu meningkatkan kutipan cukai, saya berharap HASiL akan menyahut cabaran peredaran zaman dan tekonologi seperti teori ‘creative destruction’ Joseph Schumpeter di mana produktiviti dan pembangunan akan meningkat apabila teknologi dan cara-cara yang lapuk diganti dengan inovasi baru,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap di perasmian Persidangan Percukaian 2023, hari ini.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Anwar turut singgung tentang kepentingan hasil cukai dalam penstrukturan semula ekonomi dan pengagihan kepada lapisan masyarakat yang perlu bantuan.

Dalam erti kata lain, HASiL perlu menjadi lebih inovatif untuk merombak semula sistem percukaian supaya menjadi lebih efisien dan berkesan di zaman sekarang, ujar beliau.

“Saya turut menekankan agar semua dapat memperbaiki tata kelola dan menerap sikap amanah dalam pengurusan wang.

“Tidak ada guna jika hasil cukai kita meningkat sebanyak mana pun tetapi masih ada berbilion ringgit wang rakyat disedut lesap oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, negara akan kekal kucar-kacir dan rakyat tidak akan terbela jikalau integriti institusi-institusi masih rapuh.

“Ekonomi MADANI yang telah saya luncurkan minggu lepas adalah perancangan Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Nilai-nilai murni seperti adil, saksama, amanah, dan bertanggungjawab inilah yang akan merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan boleh menetapkan objektif-objektif ekonomi yang meninggi langit namun mereka tidak akan tercapai jika semua rakyat Malaysia tidak berganding bahu dan mengamal sifat-sifat terpuji.

“Kita pernah menjadi juara Asia satu ketika dahulu namun kerakusan dan ketirisan sesetengah pihak yang menyalah-gunakan kuasa mereka untuk mengayakan diri sendiri dan kroni telah membuat Malaysia menjadi mundur dan hilang arah kompas moralnya.

“Oleh itu, marilah kita semua rakyat menggembleng tenaga untuk memperbaiki struktur ekonomi negara tercinta agar ia menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,” katanya seperti mana perkongsian di akaun Facebook beliau. – SM

BACA Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat penstrukturan semula ekonomi negara

 

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button