NasionalNegeri

FAMA Perlis jangka jualan pasar tani tahun ini RM5 juta

Mohd Nazim (tengah) disaksikan Mohd Anzara (dua dari kanan) ketika melancarkan Program Sambutan Ulangtahun Pasar Tani ke-39 Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Dataran MAIPs, Kangar

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menjangkakan hasil jualan pasar tani di negeri ini akan meningkat kepada RM5 juta pada tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, jangkaan ini berdasarkan dengan pembukaan sebuah lagi pasar tani baharu.

Beliau menambah, FAMA juga menaik taraf tiga pasar tani yang sedia ada.

“Sebanyak 200 usahawan akan terlibat di mana pasar tani yang dijangka akan dikunjungi oleh 48,000 pengguna,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu Program Sambutan Ulangtahun Pasar Tani ke-39 Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Dataran MAIPs, Kangar telah dilancarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Anzara Azizan berkata, berbanding tahun lalu hasil jualan pasar tani hanya mencatatkan RM3.67 juta.

Katanya, hanya 154 usahawan tempatan yang terlibat dalam tiga pasar tani ini bagi memasarkan produk pertanian dan produk asas tani.

Bersempena program ini FAMA menawarkan 150 set Kombo Madani yang berharga RM9.

Juga ditawarkan Simbolik 39 Tahun iaitu tiga barang berharga RM9.

FAMA juga menawarkan 200 ekor ayam segar yang diberi potongan RM2 bagi setiap kilogram (kg).

Orang ramai mengambil kesempatan berkunjung ke Program Sambutan Ulangtahun Pasar Tani ke-39 Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Dataran MAIPs, Kangar

Selain itu ditawarkan 100 kg ikan kembung dengan harga RM5 sekg.

Juga 50 kg sayur ditawarkan dengan diberi potongan RM1 bagi setiap sekg – SM

BACA Tidak pamerkan harga, peniaga pasar tani jual ayam RM10 sekilogram

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button