Ekonomi

MGRC, Rinani Genotec tandatangani LOI dengan UMS

PETALING JAYA 21 Sept. – MGRC mengumumkan telah menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Rinani Genotec Sdn Bhd (Genotec) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (r&d) dalam genetik, dan ubat regeneratif dan alternatif.

LOI ditandatangani itu dengan Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Di bawah LOI ini, MGRC, yang memiliki makmal penjujukan tinggi, kemudahan mikroarray canggih, dan makmal pemprosesan sel canggih baharu, serta Genotec, yang pakar dalam rawatan bioperubatan menggunakan sel stem, akan membantu mengukuhkan aktiviti pengajaran dan penyelidikan program sarjana muda di Fakulti Sains dan Sumber Asli UMS.

Pengerusi MGRC, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, berkata, pihaknya berbesar hati untuk membantu mahasiswa UMS dalam mencapai matlamat R&D mereka supaya mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai bidang pengajian mereka.


“Ini juga bagi menyokong Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini yang memberi tumpuan kepada pertanian dan sekuriti makanan, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, serta perindustrian dan ekonomi pekeliling,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, kerjasama ini akan membolehkan pertukaran sumber penyelidikan dan idea untuk meningkatkan kualiti penyelidikan di UMS, serta mewujudkan peluang kepada pelajar Fakulti Sains dan Sumber Asli untuk menjalani tempoh latihan di MGRC atau Genotec.

Dekan Fakulti Sains dan Sumber Asli UMS, Professor Dr. Jualang Azlan Gansau berkata, UMS aktif terlibat dalam aktiviti penyelidikan serta pengajaran dan penglibatan industri amat penting dalam memastikan kerelevanan aktiviti yang dijalankan di universiti.

Pemeteraian LOI itu susulan lawatan UMS ke makmal bertauliah Biosafety Level 2 cGMP (Current Good Manufacturing Practice) MGRC, yang digunakan untuk pengeluaran terapi sel, termasuk terapi sel T CAR untuk pelbagai jenis kanser.

(Visited 24 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button