Politik

Logo parti tidak sepatutnya digunakan dalam program rasmi Kerajaan

LOGO mana-mana parti tidak sepatutnya digunakan atau diletakkan pada grafik sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya itu adalah program Kerajaan.

Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh menggesa Nga Kor Ming menjelaskan kenapa diletakkan logo DAP pada replika cek yang dikeluarkan untuk beberapa buah sekolah di Ipoh Perak baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada Nga. Adakah itu dana daripada Kerajaan ataupun DAP sendiri.

“Sekiranya daripada kerajaan, ini adalah perbuatan tidak bermoral mempolitikkan sumbangan dana daripada kerajaan demi ‘millage’ parti sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baljit menambah, diharapkan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan itu, tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk kepentingan parti politik.

Sekiranya alasan dana itu digabungkan, tetap salah kerana terdapat ‘agenda’ politik. Sepatutnya diasingkan sumbangan daripada kerajaan dan parti politik.

Adakah di zaman PH-BN Madani ini, para menteri dibenarkan untuk guna duit rakyat dan duit kerajaan untuk tujuan kempen politik dalam premis atau program kerajaan.

Menurut beliau, GERAKAN sama sekali tidak menyoal mengenai bantuan yang diberikan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebanggsaan Cina itu.

“Malahan harus dipuji kerana peruntukkan tersebut untuk penambahbaikkan sekolah-sekolah tersebut.

“Tetapi jangan politikkan kuasa yang diberikan. Berkhidmatlah sebagai menteri untuk semua. Bukan untuk mempromosikan DAP,” tegasnya.

 

Baljit Singh

Naib Presiden

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button