KesihatanNasional

130,000 pesakit terima Skim Perubatan Madani

LEBIH 130,000 pesakit mendapat rawatan luar sejak Skim Perubatan Madani (SPM) dilancarkan pada pertengahan bulan ini. Perkhidmatan SPM diberi melalui lebih 1,300 klinik swasta, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai sokongan daripada semua klinik swasta yang menyertai skim ini dan berharap kerajasama yang diberikan itu berterusan dalam jangka masa panjang.

vaksin
MENTERI Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa – GAMBAR TWITTER DR.ZALIHA

“KKM mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel SPM supaya lebih ramai rakyat di negara ini dapat menikmati manfaat daripada skim ini,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha berkata, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan agar SPM lebih cakna dan memuaskan hati pesakit yang mendapatkan rawatan.

Katanya, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah seperti meningkatkan had fi konsultasi daripada RM30 kepada RM35, meningkatkan jumlah had fi konsultasi dan ubat daripada RM60 kepada RM70.

“Penambahbaikan juga akan dilaksanakan dari aspek bilangan jenis ubat yang disenaraikan dalam panel skim ini yang mana ditingkatkan daripada 150 jenis kepada 170 jenis ubat-ubatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak semula agar ia selaras dengan harga pasaran semasa.

Kata Zaliha, apabila diumumkan SPM diperluaskan ke seluruh negara, golongan B40 yang  menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar ringan secara percuma di klinik-klinik swasta yang berdaftar.

Jelas Zaliha, golongan ini tidak perlu membayar sebarang caj dan kos rawatan pula, akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan dibayar secara langsung kepada klinik-klinik swasta yang berkenaan.

“Oleh yang demikian, penerima STR boleh menyemak kelayakan mereka dan mengenalpasti klinik-klinik SPM berdekatan dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di htpps://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ dan pesakit hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan di klinik-klinik swasta semasa pendaftaran,” katanya. –  SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button