Ekonomi

MGRC catat peningkatan pendapatan 212 peratus dalam suku ketiga 2022

 

PETALING JAYA 23 Mei – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, mencatatkan peningkatan 211.66 peratus dalam hasil pendapatan kepada RM5.08 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM1.63 juta yang dicatat bagi suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pengarah Eksekutif MGRC Noor Azri Noor Azerai berkata, peningkatan hasil bagi suku dalam tinjauan adalah disebabkan oleh langkah Kumpulan mempelbagaikan perniagaan ke dalam perkhidmatan biofarmaseutikal, terutamanya pengagihan imunoterapi dan terapi sel, bersama dengan permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan pemeriksaan genetik berikutan pembukaan semula ekonomi.

Tidak ketinggala pentadbiran dan pengedaran vaksin COVID-19 turut menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan syarikat..

“Keuntungan sebelum cukai (PBT) kami disokong oleh margin yang lebih tinggi daripada kejayaan penembusan dan berterusan Kumpulan ke dalam pengedaran imunoterapi dan terapi sel. Kami terus mencari perkongsian dan peluang di mana kami boleh mempunyai jangkauan pasaran yang lebih luas untuk perkhidmatan kami, manakala kelulusan Amalan Pengilangan Baik Semasa makmal kami akan menambah nilai kepada keupayaan kami, termasuk pengeluaran sel T CAR untuk kanser pepejal serta kontrak pembuatan jenis sel lain untuk pihak ketiga yang akan menjana aliran hasil baharu.” katanya di sini hari ini.


Bagi suku dalam tinjauan, Kumpulan mencatatkan PBT sebanyak RM1.96 juta berbanding dengan PBT sebanyak RM0.2 juta pada S3 2021. Pendapatan sesaham (“EPS”) berjumlah 1.60 sen untuk S3 2022 berbanding dengan perolehan sesaham (EPS) sebanyak 0.19 sen pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Untuk sembilan bulan berakhir 31 Mac 2022, MGRC mencatatkan peningkatan hampir 12 kali ganda dalam hasil kepada RM22.03 juta berbanding RM1.85 juta pada 9M TK2021. Kumpulan mencatatkan RM3.21 juta dalam PBT untuk suku ketiga 2022 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.2 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button