Luar Negarapilihan

‘Lelaki paling kotor di dunia’ meninggal dunia dalam keadaan bujang

TEHERAN – Seorang lelaki di Iran yang digelar sebagai ‘lelaki paling kotor di dunia’ dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Lelaki berkenaan, Amou Haji menerima gelaran tersebut kerana langsung tidak pernah mandi selama beberapa dekad selain dilaporkan terus membujang.

Dalam masa sama, agensi berita IRNA melaporkan Haji yang tidak gemar mencuci lebih setengah abad ini meninggal dunia di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars.

Memetik penceritaan seorang pegawai tempatan, Haji berbuat demikian seperti langsung tidak gemar untuk mandi kerana bimbang ‘jatuh sakit’.

“Tetapi buat kali pertama beberapa bulan lalu, penduduk kampung telah membawanya ke bilik air untuk mencuci,” lapor IRNA.

Menurut media Iran, pada 2013, sebuah filem dokumentari pendek bertajuk “The Strange Life of Amou Haji” mengenai kehidupannya telah dihasilkan – AFP

(Visited 613 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button