Politik

Mesyuarat MT UMNO: Lebih 1,000 cadangan untuk Shamsul Anuar sampaikan

LEBIH satu ribu cadangan diberikan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah untuk disampaikan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan berlangsung pada pukul 3.00 petang di Menara Dato Onn hari ini.

Cadangan itu diberikan oleh pengikutnya di Facebook selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu meminta pandangan daripada mereka apa yang perlu beliau katakan dalam mesyuarat penting yang berlangsung itu.

“Apa yang perlu saya cakap ? Cuba bagi pandangan,” katanya.

Mesyuarat MT UMNO menjadi tumpuan kerana ia merupakan perjumpaan pertama MT UMNO selepas Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 202 yang lalu.

Dalam PAU tersebut perwakilan memberi mandat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan mengenai tarikh untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam reaksi pengikutnya, ada yang mencadangkan supaya Ahli Parlimen Lenggong itu bersuara untuk UMNO keluar segera daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

“Rakyat rata-rata sedang marah dan fed-up dengan kerajaan PN. Covid belum selesai dan makin meningkat. Harta kerajaan dijual dan dijarah sewenang-wenangnya. Rakyat melihat. Negara semakin dibebani hutang-hutang baru. PM useless.. Jadi janganlah pemimpin UMNO terpalit sama. Berundurlah.. Mulakan langkah baru bersama Barisan Nasional bagi menghadapi PRU-15,” kata Shamsuri Ahmad.

Namun tidak kurang juga yang meminta supaya UMNO bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15-

“Bertahan dengan keadaan kini dan kerajaan total Melayu sekarang. sehingga PRU-15. No Dap pig. no PKR tapi jangan buang dulu rakan kerajaan Melayu hingga PRU-15 Jangan bertindak terburu buru….tiada siapa yang untung…malah..’ Melayu yang bakal rugi. Belum pernah ada sebuah kerajaan totally Majoriti Melayu Islam sebelum ini.

Ada juga yang meminta Shamsul Anuar supaya menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pemilihan UMNO dengan segera.

“Pemilihan harus disegerakan. Biar akar umbi tentukan sebelum piliharaya. Kita orrang UMNO sudah selesa dengan pemimpin kita yang ada tapi untuk menarik pengundi luar atas pagar tentunya kita perlukan pemimpin bersih baru orang tiada parti pun tetap sokong kita,” komen Roslin Arifin.

“Suruh presiden letak jawatan. Buat pemilihan baru. Sebab presidenlah jadi huru hara gini,” kata Syafiq Amirul Mohamed.-SM

 

 

 

 

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button