Politik

Mesyuarat khas SPR pagi ini bincang tarikh penamaan calon PRU15

Tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah turut dibincangkan

MESYUARAT khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula pukul 10.05 pagi ini bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah turut dibincangkan dalam mesyuarat khas itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu dijangka berlangsung selama kira-kira dua jam.

Sejurus selepas mesyuarat yang dijadual berakhir pada pukul 12 tengah hari ini, SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta tarikh writ pilihan raya, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan untuk melaksanakan PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

Turut hadir mesyuarat khas ialah Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, Setiausaha Ikmalrudin Ishak, ahli-ahli SPR iaitu Chin Phaik Yoong, Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Awang Sahari EM Nadzeer dan Nik Ali Mat Yunus serta pegawai-pegawai kanan SPR.

Mesyuarat khas itu diadakan susulan pembubaran Parlimen ke-14 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

PRU kali ini berbeza apabila beberapa DUN tidak dibubarkan iaitu Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak kerana belum mencapai tempoh matang.

Tiga negeri ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga tidak membubarkan DUN masing-masing.

Hanya Perak, Pahang dan Perlis sahaja yang membubarkan DUN untuk mengadakan PRN serentak dengan PRU15.

Sebelum ini, PRU yang menyaksikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN di seluruh negara kecuali Sarawak dijalankan secara serentak. – FMT – SM

 

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button