Nasional

Mesyuarat bersemuka antara pemimpin ASEAN, AIPA perkukuh peranan Parlimen

The 14th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Leaders’ Interface 2025 dijadualkan akan berlangsung pada 26 Mei 2025 (Isnin) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Penglibatan peringkat tinggi ini merupakan tanda komitmen ASEAN untuk mengukuhkan sinergi institusi antara cabang eksekutif dan legislatif di seluruh rantau ini.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan memberitahu mesyuarat ini merupakan sesi dialog khusus antara Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN bersama dengan Speaker, Timbalan Speaker serta wakil-wakil Parlimen di bawah ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA), mesyuarat ini menyediakan suatu platform strategik untuk menyelaraskan keutamaan serantau melalui tadbir urus yang terangkum dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Mesyuarat ini juga menzahirkan bahawa visi ASEAN sebagai komuniti yang berpaksikan rakyat dan berorientasikan rakyat hanya dapat direalisasikan sepenuhnya apabila dilengkapi dengan kerjasama dan pengawasan parlimen yang kukuh— bagi memastikan pembangunan serantau berlandaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Sesi ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan akan menyaksikan penyampaian Mesej AIPA oleh Tan Sri Johari Abdul, Presiden AIPA merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Malaysia.

Bertemakan “Parlimen Menerajui Pertumbuhan Terangkum dan ASEAN yang Mampan”, ASEAN–AIPA Interface akan menekankan peranan penting institusi parlimen dalam menjayakan agenda lebih luas Malaysia selaku Pengerusi ASEAN—khususnya dalam aspek keterangkuman dan kemampanan.

Melalui tumpuan legislatif terhadap bidang-bidang kritikal seperti keselamatan makanan, peralihan tenaga yang adil, tadbir urus digital dan daya tahan iklim, AIPA menyokong komitmen ASEAN untuk memastikan pembangunan yang bersifat inklusif, lestari dan tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang dalam arus kemajuan serantau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button