Luar NegaraSukan

Mesut Ozil Bikin Gempak Muat Naik Karikatur Berlatar Belakang Masjid Ubudiah

Mesut Ozil mencetuskan rasa teruja peminat bola sepak di negara ini apabila memuat naik gambar karikatur dirinya dengan latar belakang Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di laman sosial miliknya.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan kepada netizen adakah bekas bintang Arsenal yang kini beraksi bersama kelab terkemuka Turki, Fenerbahce itu akan menyertai Perak FC.

Hantaran itu disertai dengan tag lokasi Masjid Ubudiah dan gambar terbaru yang dimuat naik sejak semalam itu dibanjiri komen penyokong Malaysia yang secara berseloroh mahu pemain berstatus bintang itu menyertai Perak.

“Ya Allah, aku percayakanMu dengan masa silamku. Aku percayakanMu dengan masa hadapanku. Aku percayakanMu hari ini, esok dan selama-lamanya. Jumaat Mubarak,” tulis pemain berusia 33 tahun dari Jerman itu, semalam.

“Selamat datang ke Perak, pasukan utama Liga Malaysia,” tulis seorang peminat tempatan.
Sebelum ini, Ozil pernah memuatnaik gambar dirinya menadah tangan berlatar belakang belakang gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di media sosial pada Mac tahun lalu.

Ozil juga seorang pemain Muslim yang lantang memperjuangkan isu penindasan kaum dan etnik Islam di seluruh dunia.

Dia sebelum ini menderma sebanyak 101,000 euro (RM483,000) kepada pasukan Bulan Sabit Merah Turki untuk kempen bantuan yang dijalankan pada bulan Ramadan.

Bulan Sabit Merah Turki dalam satu kenyataan berkata, derma yang disumbangkan oleh Ozil itu digunakan untuk menyediakan 2,800 bungkusan makanan kepada golongan yang amat memerlukan di Turki.

Selain itu, 1,000 bungkusan makanan di hantar ke Indonesia, 750 bungkusan lagi untuk Muslim Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.

Kenyataan itu turut berkata, juadah berbuka juga akan diberikan kepada anak yatim di Syria dan ibu kota Somalia, Mogadishu sepanjang bulan suci itu.

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button