Politik

Covid-19 Sabah: Lepas kalah membisu – Najib

PENINGKATAN kes baharu di beberapa kawasan Sabah adalah berpunca daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) pada 28 Julai lalu.

Iaitu dua hari sebelum Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketika itu, dua PATI positif koronavirus (Covid-19) ditahan di lokap Lahad Datu kemudian dipindahkan ke Penjara Tawau.

Hal demikian menyebabkan penularan dalam kalangan masyarakat menerusi pegawai penjara dan ahli keluarga mereka kemudian terus merebak sehingga hari ini.

Oleh demikian, amat wajar Ahli Dewan Undangan Negeri baharu tanpa mengira parti politik bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung wabak pandemik ini.

“Lagi merumitkan keadaan ialah ahli-ahli parlimen serta ADUN-ADUN yang menang besar di sini seolah-olah sudah membisu selepas parti mereka kalah PRN Sabah.

“Selagi rantaian Covid di sini tidak diputuskan, selagi PKPD tidak ditamatkan dan semakin susah kehidupan 950,000 penduduk di sini.

“Ini dah hampir 3 bulan sejak Covid mula mengganas semula di sana.

“Harap wakil-wakil Rakyat akan bekerjasama dengan kerajaan baru Sabah untuk memberitahu pemimpin tempatan serta penduduk di sana.

“Covid-19 bukan wayang dan mereka perlu faham keadaan sudah bertambah serius.”

Demikian gesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya hari ini.

Beliau turut memaklumkan daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau merupakan kawasan paling awal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, beliau juga berharap Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak meminggirkan wakil-wakil rakyat di sana.

Beliau menggesa supaya bantuan terus disampaikan kepada semua penduduk Sabah dan memastikan ia mencukupi.

“Kerajaan PN/BN Sabah juga perlu membantu wakil-wakil Rakyat tempatan untuk memastikan bantuan kewangan dan bekalan makanan kepada penduduk adalah mencukupi.

“Sebab ramai dari penduduk di sini adalah dari golongan B40.

“Penduduk empat daerah ini sudah berada dalam PKPD yang amat ketat hampir sebulan.

“Besar kemungkinan akan dilanjutkan lagi pada 26 Oktober memandangkan kes baru tetap tinggi. Mereka tentu amat susah sekarang.

“Jika tidak dibantu, mereka akan terpaksa melanggar PKPD untuk bekerja tak lama lagi walaupun keadaan Covid-19 sana belum reda,” ujarnya. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button