Politik

Siapa sebenar pengkhianat?

World Trade Centre, Kuala Lumpur.

1. Seluruh Ahli-Ahli UMNO yang berada di World Trade Centre dikejutkan pada malam Rabu, dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan yang mendakwa bahawa Parti PAS tidak pernah setia atau ikhlas dengan UMNO, malah PAS berselingkuh atau curang dengan parti serpihan ataupun janda UMNO (parti BERSATU).

Ini membawa erti bahawa seolah-olah parti DAP adalah lebih baik daripada PAS.

2. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyangkal (menolak) dakwaan Tok Mat Hasan ini sebagai satu ucapan yang tidak jujur dan bercakap pusing-pusing (u-turn).

Hamzah juga mendedahkan bahawa Mat Hasan sehari selepas Pilihanraya Umum telah datang ke rumah Hamzah dan menyatakan pendirian bahawa *sekiranya Presiden UMNO (Zahid Hamidi) mahu bekerjasama dengan parti DAP*, saya (Mat Hasan) adalah orang pertama yang akan menentang (Zahid).

Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin juga ada di rumah Hamzah ketika itu dan menjadi saksi.

*SIAPA PENGKHIANAT ?*

3. Presiden UMNO pada Taklimat Presiden pula telah mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen BN seramai 10 orang yang dituduh menanda-tangani SD menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional bagi membentuk satu Kerajaan Campuran yang baru setelah tiada satu parti pun mendapat sokongan majoriti yang mutlak.

Tindakan ini, disifatkan sebagai *Pengkhianat* kerana tidak menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan.

4. Daripada 10 orang Ahli Parlimen BN yang menanda-tangani SD tersebut, 6 adalah dari UMNO. 2 dari MCA, Seorang dari MIC dan seorang dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

5. Dari MCA, ditanda-tangani oleh Presiden MCA sendiri, Dato’ Seri Wee Ka Siong.

MIC oleh Dato’ Seri M. Saravanan, Timbalan Presiden MIC.

Dan dari PBRS ditanda-tangani oleh Presidennya sendiri, Arthur Joseph Kurup.

6. Mana mungkin, Ketiga-tiga Presiden dan Timbalan Presiden Komponen Barisan Nasional ini dari MCA, MIC dan PBRS boleh dituduh sebagai Pengkhianat.

Adakah mereka ini benar-benar Pengkhianat kepada Barisan Nasional ?

Ini merupakan satu tuduhan yang amat berat kepada rakan-rakan BN.

7. Malahan persoalan yang lebih besar, yang perlu ditanya ialah kenapa sehari selepas PRU ke 15, Tok Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO) berada di rumah Hamzah Zainuddin, berjumpa dengan Hamzah dan Taki.

Tok Mat telah nyatakan pendirian untuk menentang Zahid sekiranya Zahid sokong DAP untuk tubuh Kerajaan Persekutuan.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, 3 daripada Ahli Parlimen yang menanda-tangani SD sokongan tersebut adalah dari Negeri Sembilan. Mereka kelihatan seolah-olah menyokong setelah mendapat arahan dari kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.

Berkemungkinan mereka telah mendapat arahan daripada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, yang turut tidak mahukan kerjasama politik dengan DAP.

Presiden MCA dan Timbalan Presiden MIC juga kelihatan turut menyokong *DASAR UMNO* sebelum ini iaitu *NO DAP* dan *NO ANWAR IBRAHIM.*

Dasar ini telah disuarakan sendiri oleh Presiden UMNO dihadapan Presiden MCA, MIC dan PBRS di Perasmian Perhimpunan Agong UMNO yang terdahulu.

Dasar ini juga telah dipersetujui oleh *Dewan Tertinggi Barisan Nasional* dan BN belum lagi mengubah Dasar No DAP dan No Anwar ini.

8. Adakah 10 orang Ahli Parlimen BN ini, yang mengikut Dasar UMNO boleh dilabelkan sebagai Pengkhianat ?

Mana mungkin Presiden MCA tersilap membuat penghitungan.

Wee Ka Siong yang amat saya kenali semenjak tahun 2004, iaitu 19 tahun yang lalu merupakan seorang pemimpin politik yang sungguh berhati-hati didalam membuat keputusan dan mempunyai etika yang tinggi didalam berpolitik.

Kerana itulah saya tidak hairan melihat Presiden MCA ini tidak mahu menerima sebarang jawatan Menteri didalam Kabinet Anwar Ibrahim.

9. Persoalan Kedua yang perlu ditanya kepada Tok Mat Hasan yang bercakap berpusing-pusing, apakah tujuan sebenar lawatan ke rumah Hamzah ?

Adakah ada kemungkinan Tok Mat melobby Hamzah dan Taki, untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kabinet sekiranya Perikatan Nasional berjaya menubuhkan Kerajaan ?

Amat menarik untuk mendengar penjelasan dari Tok Mat.

10. Akhir sekali, hari ini rata-rata Netizen di Media Sosial menyatakan pendirian bahawa 10 Ahli Parlimen BN ini bukanlah merupakan Pengkhianat tetapi merupakan *HERO* didalam episode ini.

Mereka adalah Hero-Hero yang tidak didendang.

Memanggil Wee Ka Siong, Saravanan dan Arthur sebagai Pengkhianat, merupakan satu tuduhan liar dan berniat jahat.

Patutlah Rakyat, Netizen dan Orang-Orang Melayu semakin menjauhkan diri dari parti UMNO.

Bukan kerana salah parti UMNO tetapi kerana pemimpin-pemimpin UMNO yang sering cakap berpusing-pusing, berbohong serta sering memainkan Naratif yang Negatif terhadap parti politik dan pemimpin-pemimpin politik lain, agar diri mereka di lihat seolah-olah bersih, suci dan seperti malaikat.

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button