Nasional

Malik Streams taja 100 jemaah umrah tahun depan

LATEST

MALIK Streams Corporation Sdn Bhd menawarkan 100 tempat kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada Januari tahun depan.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, peluang itu terbuka kepada ibu dan bapa tunggal serta mereka yang menerima bantuan daripada Baitulmal, fakir miskin dan yang pertama kali ingin ke Tanah Suci.

“Dengan izin Allah SWT, kami akan membuat pemilihan dan menghantar mereka yang terpilih kesemuanya berumur 45 tahun ke atas untuk menunaikan umrah pada Januari 2020.

“Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari, mafhumnya: “Haji yang mabrur itu tidak ada balasan baginya melainkan syurga”. Oleh itu umrah yang mabrur balasannya adalah syurga,” kata Abdul Malik dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang ingin memohon boleh berbuat demikian dengan datang sendiri ke Wisma Malik di alamat di nombor 23 & 25, Jalan Tun Tan Siew Sin, 50050, Kuala Lumpur.

Pemohon diminta membawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, sijil kelahiran anak-anak, kad Orang Kurang Upaya (OKU), surat Baitulmal atau Surat Sumpah Fakir Miskin.

Permohonan menerusi aplikasi WhatsApp boleh dibuat menerusi talian 010-8904414 (Abdul Malik) dan +91 84898 60771 (Ustaz Izzat).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2019.

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button