Berita

Mesin tebu sumbangan MAIPs jadi sumber pendapatan Zulkefli

Zulkefli Jusoh berharap akan dapat menampung kehidupan seharian serta dapat menggandakan hasil pendapatannya demi memberikan pendidikan sempurna kepada cucu-cucunya sehingga ke menara gading suatu hari nanti.

Beliau 60 tahun yang tinggal bersama anaknya sekeluarga seramai enam orang merupakan penerima sumbangan modal ‘Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs’ bernilai RM2,510 bagi membeli sebuah mesin minuman tebu daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Demikian maklum beliau yang mengusahakan perniagaan minuman air tebu tidak jauh daripada rumahnya di Kg. Alor Ara dekat Arau selepas menerima sumbangan tambahan MAIPs berupa ‘ice box’ yang disampaikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program ‘MAIPs Peduli Khas Covid-19 Bilangan ke 55 bagi tahun 2021 baru-baru ini.

Terdahulu daripada itu baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih milik Azmi Talib, Muhamad Azuan Azuzin dan Pah Rejab bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs masing-masing menerima RM700, ‘sekotak ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah di samping juga beberapa kotak pelitup separuh muka daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Menurut Tuanku Raja Muda, wabak yang melanda dunia ini secara umumnya telah memberi kesan besar kepada ekonomi, kesihatan, mental dan kebajikan rakyat khususnya kepada golongan asnaf. Oleh itu, MAIPs akan terus melipatgandakan usaha untuk memberi perhatian serius melalui pelbagai inisiatif membantu rakyat yang terkesan dalam meringankan kesulitan hidup mereka.

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button