Agama

“Mesej Islam Tidak Perlukan Kelucahan” – Dr. Ahmad Sanusi

MESEJ Islam boleh disampaikan dengan berkesan tanpa perlu unsur kelucahan, tegas Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Beliau mengulas kontroversi drama Bidaah arahan Erma Fatima yang menjadi perbualan ramai berikutan adegan lakonan Vanida Imran mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kaki.

“Dalam membawa mesej Islam, unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan, malah ia bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri.

“Mesej Islam tetap dapat disampaikan tanpa elemen yang tidak wajar. Begitu juga, matlamat yang baik tidak boleh menghalalkan cara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Strategi Pemasaran Tidak Boleh Berlandaskan Kelucahan

Tambah Dr. Ahmad Sanusi, adegan kontroversi dalam drama tersebut mungkin digunakan sebagai strategi menarik perhatian penonton, namun tindakan sedemikian tetap salah di sisi Islam.

“Andai plot ini merupakan instrumen pemasaran, maka ia lebih teruk dari sudut agama. Rasulullah SAW mengecam pengusaha yang menggunakan elemen kejelekan dalam karya mereka,” katanya.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan ‘fujjar’ (pelaku dosa), kecuali mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan, dan bersikap benar.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Tegasnya, Rasulullah SAW turut mengecam mereka yang menggunakan unsur melalaikan dalam produk mereka, apatah lagi jika melibatkan kelucahan yang menjengkelkan.

Erma Fatima: ‘Bidaah’ Bukan Untuk Mencemarkan Islam

Sebelum ini, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad menjelaskan bahawa Bidaah bukan bertujuan mencemarkan imej Islam, sebaliknya mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam mendalami ilmu agama.

Menurutnya, jalan cerita dalam drama itu adalah cerminan realiti masyarakat, meskipun ada pihak yang sukar menerimanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Bidaah bukan adaptasi daripada mana-mana kisah ajaran sesat, sebaliknya diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sendiri.

kreadit. Oh my Media

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button