GajetpilihanTeknologi

Halo Telco tawarkan pelan Bebas 55, Fokus 40 dan Fokus 30 untuk pencinta internet!

Syarikat telekomunikasi, Halo Telco menawarkan pelan baharu yang dikenali sebagai Bebas 55, Fokus 40 dan Fokus 30, istimewa buat pencinta internet di Malaysia.

Bebas 55 membolehkan akaun pengguna aktif selama 30 hari dan menikmati capaian internet sehingga 18 Mbps.

Dalam masa sama, bagi pengguna yang memiliki peranti lain yang memerlukan wifi, pelan Bebas 55 ini turut menawarkan keboleh capaian hotspot tanpa had.

Fokus 40 pula memberi peluang pengguna menikmati internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 12 Mbps dan hotspot sehingga 6 GB.

Bagi yang ingin mendapatkan penjimatan berganda, pengguna boleh memilih pelan Fokus 33 yang memberi capaian internet sehingga 6 Mbps dan hotspot 4 GB.

(Visited 1,745 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button