Nasional

Merompak sambil bersedekah ke rumah jiran

MENGAKU sebagai anak tuan rumah ketika ditanya jiran sebelum merompak.

Malah, hasil rompakan itu kemudian disedekah pula kepada jiran-jiran sebelah.

Itu yang dilakukam seorang lelaki berusia 38 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Jalan Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, rompakan di sebuah pangsapuri di Kota Damansara itu dilakukan ketika tiada penghuni di rumah

“Pengadu telah membuat laporan polis selepas mendapati rumah mendiang ayahnya berselerak serta semua barangan sudah lesap.

“Menurut maklumat awal, suspek telah memberitahu jiran bahawa dia adalah anak kepada tuan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek kemudian telah mengeluarkan semua barangan di dalam rumah lalu diberikan kepada jiran-jiram bersebelahan.

Jelasnya, hanya sebuah katil besi yang diambil suspek untuk dibawa pulang.

“Semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan samun,” katanya.

Tambahnya, suspek telah ditahan selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button