Ekonomi

Bank Negara jelaskan tiada kena mengena dengan Quantum Metal

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung domain awam yang meragukan dari Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) yang menjanjikan simpanan emas dalam bentuk digital.

Menurut kenyataan tersebut dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal diluluskan dan di lesenkan oleh Bank Negara Malaysia adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).

Hasil gambar dari carian google

QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.

Sebagai sebuah institusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.

Walau bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya, seperti produk dan dagangan emas, adalah didaftarkan, diluluskan atau di lesenkan di bawah undang -undang yang ditadbir ole BNM. Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan di lesenkan oleh BM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.

BNM juga telah maklum mengenai pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan dan pengesahan BNM berhubung dengan AMLABNM ingin menjelaskan bahawa sebarang aliran masuk dana ke dalam negara, kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir yang melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing, tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu.

Tiada sesiapa pun yang boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga bole mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan ole BNM. Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusva dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan tersebut.

BNM ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan pelaburan. Sebarang aktiviti kewangan yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang yang berkaitan.

Artikle Berkaitan :>

Solusi pemulihan ekonomi melalui medium emas-Dr Rukhaidah

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button