Ekonomi

Merakyatkan tenaga, wakaf solar-Keluarga Malaysia bahagia

SOLAR takrifan yang paling mudah bermaksud tenaga semulajadi tetapi ia menjadi satu istilah taboo dalam kalangan masyarakat kerana beranggapan orang yang memasang panel solar di bumbung-bumbung rumah adalah kategori golongan kayangan.

Istilah lain untuk pemahaman solar ialah tenaga boleh baharu (TBB) yang sekarang ini digunapakai.

Sebenarnya pemasangan panel solar untuk kegunaan domestik tidak timbul golongan rakyat marhaen atau kayangan.

Sudah tiba masanya kita memasang panel solar di bumbung rumah dan banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kewangan dalam pemasangan solar.

Bagi peneraju utama Industri Solar, Prof. Datuk (Dr.) Ir Guntor Tobeng, beliau sememangnya menggalakkan pemasangan panel solar bagi penggunaan domestik.


“Kita semua boleh memasang panel solar di rumah kerana ia menjimatkan perbelanjaan membayar bil eletrik,” katanya yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Sdn. Bhd.

Beliau tampil sebagai tetamu dalam segmen penstriman langsung KAPTEN INDUSTRI di SUARA MERDEKA hari ini.

Sebagai kapten dalam industri solar, Guntor yang juga merupakan Prof Adjung Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, kalau sampah sarap boleh dijadikan tenaga elektirik, land field kita semakin kecil.

“Kita mahu solar dirakyat. Golongan B40 mampu selain kesedaran dapat disuntik dalam kalangan rakyat untuk terus mengurangkan karbon” katanya.

Menyentuh tentang Wakaf Solar, Guntor memberi pencerahan dan ada dalam video di bawah:

Industri solar secara keseluruhannya menyambut baik pengumuman Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang turut menyentuh tentang Teknologi.

Di bawah Dasar Tenaga Nasional yang komprehensif, penjanaan elektrik yang lebih bersih akan dilaksanakan.

“Sebenarnya kita sudah hampir melepasi sasaran 31 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang dalam mengawal selia penggunaan tenaga oleh pengguna berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial.

“Tidak perlu tunggu tahun 2025 dalam mensasarkan TBB daripada solar, biojisim dan biogas. Itu adalah sesuatu yang ikhlas untuk mengembangkan lagi industri tenaga boleh baharu (TBB),” kata Guntor. – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button