fbpx
Nasional

Menyimpan gambar pengganas di telefon bimbit tidak menjadikan seseorang itu pengganas

KESIMPULAN oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ialah jika seseorang itu mempunyai gambar idola mereka di telefon bimbit ia tidak menukar seseorang itu menjadi pengganas.

Dalam penutup penutup kenyataannya, berkaitan keputusan memberhentikan prosiding terhadap 12 individu yang berhadapan dengan pertuduhan keganasan kerana menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta merta, Tommy berkata, adalah lazim untuk mempunyai idola yang diagungkan.

Ia bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon yang dikagumi: personaliti-personaliti sejarah dan ahli politik adalah subjek yang sering dipuja.

Oleh itu, jutaan orang diseluruh dunia mengagumi Lenin, Stalin, Mao Tse Tung atau Che Guevara, dan seumpamanya.

Oleh itu mempunyai gambar-gambar mereka dan representasi-representasi lain yang berkaitan dengan mereka di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook seseorang tidak menukar seseorang menjadi pengganas.


Hanya kerana setiap seorang pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka tidak bermakna bahawa seorang penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai seorang pengganas atau merancang perbuatan keganasan.

“Itu merupakan tema umum kesemua 12 tertuduh LTTE. Setiap seorang daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka gambar Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka.

“Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

“Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen “perbuatan pengganas” dipihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah “sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat”.

“Berdasarkan sebab-sebab tersebut, saya telah membuat keputusan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan tersebut.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” demikian kata beliau

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button